Manifesto BN untuk PRU15 sudah siap: Khaled

Mohamed Khaled (tengah) bersama ahli-ahli baharu UMNO dalam majlis perasmian pembukaan UMNO Cawangan D'Rimba, Seri Alam, Pasir Gudang pada Sabtu.
Mohamed Khaled (tengah) bersama ahli-ahli baharu UMNO dalam majlis perasmian pembukaan UMNO Cawangan D'Rimba, Seri Alam, Pasir Gudang pada Sabtu.
A
A
A

PASIR GUDANG - BN sudah menyiapkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mempunyai 10 teras utama ditawarkan untuk rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara yang ditawarkan adalah berkenaan penyelesaian soal kos sara hidup, pendidikan yang bermutu, alam sekitar dan mendigitalkan negara.

"Manifesto ini kita panggil Perancangan Amal dan Usaha, perkara yang kita akan amal dan usahakan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

"Manifesto ini mengandungi 59 amal dan usaha yang dilakukan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat, ini bukanlah sekadar janji sebaliknya mampu diterjemahkan," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian pembukaan UMNO cawangan D'Rimba, Seri Alam di sini pada Sabtu.

Jelas Mohamed Khaled, manifesto BN itu merupakan perkara-perkara yang mampu direalisasikan selain pernah dibuat dan patut dibuat.

Beliau menyifatkan manifesto BN tersebut sebagai satu yang inklusif dan tiada yang tertinggal dalam membela nasib rakyat.

"Ia bukan sahaja untuk membawa perubahan dalam sistem pentadbiran tapi juga perkara yang boleh membantu masyarakat berhadapan dengan masalah cabaran yang sedang dihadapi ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan: