Empat lelaki ditahan kes gaduh akibat mabuk

Laporan Sinar Harian pada Khamis (Ahmad Ridhwan)
Laporan Sinar Harian pada Khamis (Ahmad Ridhwan)
A
A
A

KUALA LANGAT - Empat lelaki diberkas polis selepas terlibat dalam pergaduhan di Banting, di sini yang dipercayai punca akibat mabuk baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kesemua individu itu ditahan secara berasingan pada Khamis.

Menurutnya, tangkapan pertama pada jam 1.30 pagi di Genting Highlands, Pahang membabitkan lelaki berusia 24 tahun yang dipukul menggunakan topi keledar dalam pergaduhan terbabit.

"Tangkapan kedua kira-kira jam 3.30 pagi di Banting melibatkan lelaki berusia 18 tahun yang berada di lokasi semasa kejadian.

"Hasil soal siasat tangkapan kedua ini kemudian membawa kepada penahanan dua lagi lelaki berusia 22 dan 26 tahun kira-kira jam 11 malam di sekitar Banting," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek ketiga dan keempat ini adalah individu yang memukul tangkapan pertama menggunakan topi keledar dan tangan.

Katanya, dua suspek ini kini direman empat hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi cadangan pertuduhan.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan polis giat mengesan sekumpulan individu yang tular selepas terlibat dalam pergaduhan di Banting, kira-kira jam 2.05 pagi, Selasa lalu.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 324/160 Kanun Keseksaan.