BN dijangka menang majoriti lebih besar di Hulu Terengganu

Yusof (tengah) bersama pemenang pada Karnival Bola Sepak Tertutup UMNO Dun Manir pada Sabtu.
Yusof (tengah) bersama pemenang pada Karnival Bola Sepak Tertutup UMNO Dun Manir pada Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - UMNO Bahagian Hulu Terengganu menjangkakan BN mendapat majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam berkata, ia berikutan penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu yang dimenangi BN sebelum ini telah 'mengkhianati' pengundi apabila berpihak kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah BN kalah teruk pada PRU14.

Menurut Yusof, menerusi calon BN pada PRU15, Datuk Rozi Mamat dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid, beliau yakin pertembungan 'dua rakan' itu tidak sengit kerana kredibiliti Rozi lebih cemerlang.

"Saya harap lebih 80,000 pengundi di Parlimen Hulu Terengganu dapat memberi sokongan penuh kepada Rozi. UMNO Bahagian Hulu Terengganu sudah siap sedia berperang habis-habisan kali ini.

"Saya percaya rakyat di Hulu Terengganu dapat menilai sendiri pembangunan apa yang telah dibuat Datuk Rosol Wahid seperti yang dijanjikan ketika memilih bersama Bersatu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Karnival Sukan Bola Sepak Tertutup UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di Kampung Pulau Bahagia di sini pada Sabtu.

Pada masa sama, Yusof turut menafikan Rozi sebagai anak didik Rosol sebaliknya bekas veteren UMNO, Datuk Tengku Putra Tengku Awang yang banyak mengetengahkan bakat yang ada pada Rozi sejak aktif di kumpulan belia.

Artikel Berkaitan: