Pengalaman menarik sempena Festival Korea 2022

Festival Korea 2022 berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya dari 4 hingga 6 November ini.
Festival Korea 2022 berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya dari 4 hingga 6 November ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Organisasi Pelancongan Korea (KTO) akan menganjurkan Festival Korea 2022 di aras bawah Oval LG, pusat beli-belah 1 Utama di sini dari 4 hingga 6 November ini.

Pengarah Urusannya, Yang Kyungsoo berkata, festival selama tiga hari itu akan memberikan pengalaman menarik mengenai negara Korea meliputi K-Kecantikan (K-Beauty), K-Budaya (K-Culture), K-Persembahan (K-Performances) dan K-Makanan (K-Food).

Menurutnya, menerusi festival ini pengunjung berpeluang berurusan dengan agensi pelancongan Korea yang juga rakan kongsi agensi pelancongan kami.

“Pelbagai aktiviti dan bengkel diadakan seperti taklimat pelancongan dan pengalaman seni media yang inovatif.

“KTO melantik pelakon Korea Selatan, Lee Jae Wook sebagai duta. Pelakon ini sangat terkenal dan berlakon dalam drama sains fiksyen triller Memories of the Alhambra (2018-2019) dan menjadi pelakon utama Alchemy of Souls (2022),” katanya dalam satu kenyataan.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang Korea Fest 2022, antaranya kehadiran Lee Jae Wook.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang Korea Fest 2022, antaranya kehadiran Lee Jae Wook.

Kyungsoo berkata, pelakon itu juga akan bertemu dengan kumpulan peminat Malaysia, Annyeong Kawan with Lee Jae Wook pada 5 November ini bermula jam 5 petang.

“Mereka berpeluang bertemu pelakon ini secara dekat setelah membeli pakej pelancongan Korea yang ditawarkan. Kami sangat berbesar hati melantik Jae Wook menyertai Festival Korea 2022 dan pelantikannya sebagai duta KTO.

“Dengan pelantikan beliau, kami berharap Korea akan menjadi destinasi pilihan utama rakyat Malaysia. Kami menyediakan banyak peluang kepada mereka untuk menjelajah Korea bersama Jae Wook,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kyungsoo berkata, KTO bersama Jae Wook sangat teruja untuk memperkenalkan keunikan dan tempat pelancongan menarik di Korea Selatan menerusi video yang dihasilkan dan disiarkan di media sosial serta sesi perjumpaan bersama pelakon tersebut.

“Kami menjangkakan maklum balas yang positif daripada peminat Malaysia terutama dalam kalangan peminat drama dan K-pop Korea,” katanya yang yakin festival itu bakal mendapat sambutan hangat.

Festival Korea 2022 akan disertai Apple Vacations, Airlines Booking Centre (ABC Holidays), Airlink Travel &Tour, Esplanad Holiday, Golden Tourworld Travel (GTT), Ice Holiday, Parlo Tours, Holiday Tours dan Malaysian Harmony Tour & Travel (MHTT).

Turut menjayakan festival itu ialah CU Malaysia, Klook Malaysia, Malaysia Airlines dan History of Whoo.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Festival Korea 2022 boleh mengunjungi pusat beli-belah 1 Utama atau melayari laman sesawang www.koreafest2022.com.