Taun pembunuh orang miskin

Seorang wanita membawa anaknya yang mempunyai gejala taun di klinik dikendalikan Doctors Without Borders di Port-au-Prince, Haiti. - Foto AFP
Seorang wanita membawa anaknya yang mempunyai gejala taun di klinik dikendalikan Doctors Without Borders di Port-au-Prince, Haiti. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Wabak taun membuat kemunculan semula di Haiti selepas 'kehadirannya' tiga tahun lalu telah membawa malapetaka dahsyat terhadap seluruh penduduk negara tersebut.

Bakteria bawaan air boleh membunuh manusia hanya beberapa jam selepas didiagnosis penyakit itu.

Namun begitu, taun ini sangat mudah menular kepada negara-negara miskin di mana sumber air tercemar dan sistem pembuangan najis tidak sempurna.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada hujung bulan lalu bahawa 'peningkatan membimbangkan' mengenai penyakit taun dan menyatakan ia mudah membawa maut.

Kanak-kanak mempunyai gejala taun diberikan rawatan di klinik dikendalikan Doctors Without Borders. - Foto AFP
Kanak-kanak mempunyai gejala taun diberikan rawatan di klinik dikendalikan Doctors Without Borders. - Foto AFP

Apakah punca taun?

Taun adalah jangkitan cirit birit akut yang disebabkan bakteria berbentuk tanda koma yang digelar vibrio cholerae, merebak melalui air atau makanan yang tercemar akibat najis manusia.

Ia memberi kesan terutamanya kepada mereka yang hidup miskin tegar atau dalam zon konflik dengan sedikit atau tiada akses air bersih dan sanitasi.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, perubahan iklim turut menyebabkan ia merebak dengan pantas ditambah bencana banjir, taufan, kemarau dan cuaca ekstrem sehingga menjejaskan akses air bersih.

WHO menganggarkan bahawa terdapat 1.3 dan 4.0 juta kes penyakit taun di seluruh dunia setiap tahun yang menyebabkan 143,000 kematian.

Kanak-kanak sedang bermain air tercemar yang dikhuatiri mengandungi bakteria taun. - Foto Agensi
Kanak-kanak sedang bermain air tercemar yang dikhuatiri mengandungi bakteria taun. - Foto Agensi

Di mana taun berasal?

Sehingga abad ke 19, taun hanya wujud di delta Ganges, India.

Kemudian pada tahun 1817, ia merebak ke beberapa bahagian di Asia serta Timur Tengah dan Afrika Timur, menandakan permulaan wabak taun yang pertama.

Setakat ini, 29 negara melaporkan wabak itu.

Penduduk Syria mengambil bahagian dalam kempen kesedaran penyakit taun di kem pelarian di Sarmada, Syria. - Foto AFP
Penduduk Syria mengambil bahagian dalam kempen kesedaran penyakit taun di kem pelarian di Sarmada, Syria. - Foto AFP

Adakah terdapat vaksin?

WHO telah meluluskan dua jenis vaksin oral yang melindungi daripada taun selama dua hingga tiga tahun dan sering digunakan dalam kes kecemasan di negara terjejas.

Justeru, perlindungan penuh memerlukan dua dos vaksin. Namun begitu permintaan kini melebihi bekalan dan WHO mengesyorkan peralihan sementara kepada strategi satu dos bagi menyediakan lebih banyak stok. - AFP