SPRM tahan pegawai kanan polis

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM17,000.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di Pejabat SPRM Melaka ketika hadir untuk memberi keterangan.

Katanya, pada Februari sehingga Mei 2017, pegawai kanan polis tersebut dipercayai menerima wang berjumlah RM17,000 hasil aktiviti haram membabitkan kegiatan perjudian di sekitar negeri Melaka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan polis tersebut.

Katanya, pegawai kanan polis tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi esok mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Artikel Berkaitan: