Cabaran Yew Sin- Ee Yi terhenti

Perjuangan Yew Sin-Ee Yi berakhir berakhir di suku akhir Terbuka Perancis pada Jumaat.
Perjuangan Yew Sin-Ee Yi berakhir berakhir di suku akhir Terbuka Perancis pada Jumaat.
A
A
A

HASRAT beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Perancis tidak kesampaian.

Ia selepas beregu yang kini berada di ranking kesembilan dunia itu tewas mengejut kepada gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho di peringkat suku akhir pada Jumaat.

Di Stade Pierre de Coubertin, Paris, Yew Sin- Ee Yi bermula garang apabila tampil memberi tentangan sengit kepada lawan mereka sebelum tewas 18-21 pada set pertama.

Pada set kedua, Yew Sin- Ee Yi kembali memperkemaskan permainan menyaingi lawan, namun terpaksa akur pengalaman berpihak Sol Gyu-Won Ho apabila tewas 18-21 dalam tempoh 43 minit.

Untuk rekod, ini merupakan pertemuan pertama Yew Sin- Ee-Yii menentang gandingan yang menghuni ranking ke-18 dunia itu.

Artikel Berkaitan: