PKR Selangor letak calon ada elemen tempatan, boleh menang

Amirudin (dua dari kanan) melakukan gimik Perasmian Sistem Smartbox Peluasan Ke Seluruh Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Selangor di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada Jumaat. - Foto Bernama
Amirudin (dua dari kanan) melakukan gimik Perasmian Sistem Smartbox Peluasan Ke Seluruh Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Selangor di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A
KLANG - PKR Selangor akan meletakkan calon yang mempunyai elemen tempatan dan boleh menang untuk bertanding di kerusi Parlimen negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar berkata, Selangor adalah negeri yang sangat terbuka dan menerima sesiapa sahaja untuk memberi khidmat baktinya.

"Kita bukan seperti negeri-negeri lain yang mempunyai semangat kenegerian begitu tebal yang tidak begitu baik pun dan nilai ‘international’ itulah yang menjadikan Selangor sebagai negeri yang maju sekarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perluasan Sistem Smart Box ke Pejabat Daerah dan Tanah Selangor di sini, pada Jumaat.

Malam Jumaat, PKR dijadual akan mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRU15 bagi Pakatan Harapan (PH), selain, pada Rabu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan untuk meletakkan Amirudin menentang penyandang kerusi Parlimen Gombank, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) Selangor, Azmin Ali, yang menyatakan Menteri Besar Selangor itu ada menghubunginya dan memberitahu akan dicalonkan di Gombak, Amirudin mengesahkan perkara tersebut.
Artikel Berkaitan:


"Kita berurusan secara profesional, sebelum itu adalah berbasa-basi, tetapi tidaklah saya bongkarkan rahsia parti. Kita perlu berkerjasama dengan kerajaan pusat untuk memastikan pelaburan dan hasil negeri, ia bukan satu kesalahan jenayah pun,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial berkenaan ucapan Azmin Ali mendakwa Amirudin ada menghubunginya dan memaklumkan Menteri Besar itu diarah untuk bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15. - Bernama