[VIDEO] Amanah tampilkan 15 muka baharu di Perak

Asmuni Awi
Asmuni Awi
A
A
A

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan 15 muka baharu di Perak yang akan bertanding mewakili PH pada PRU15.

Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Datuk Asmuni Awi berkata, daripada jumlah itu, 12 calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala tiga lagi calon akan bertanding kerusi Parlimen.

Menurutnya, Amanah turut bertanding di 20 kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen pada pilihan raya kali ini.

"Semua kepimpinan dibariskan kali ini. Kita menampilkan sembilan calon muda termasuk Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim, 30.

"Berbanding PRU14, terdapat tambahan lapan kerusi yang kita tandingi (kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia- Bersatu) PH," katanya ketika Majlis Pengumuman Calon Amanah bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mewakili PH di Wisma Amanah di sini pada Jumaat.

Empat penyandang DUN kekal iaitu Asmuni di DUN Manjoi, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat), Dr Muhd Fadhil Nuruddin (Kamunting) dan Yahaya Mat Nor (Pasir Panjang).

Sementara itu, hanya bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Aminuddin Zulkipli yang merupakan penyandang kerusi DUN Behrang digugurkan kali ini.

Bagi kerusi Parlimen pula, tiga calon lama dikekalkan termasuk dua penyandang iaitu Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di kerusi Parlimen Parit Buntar dan Datuk Hatta Ramli (Lumut) manakala Dr Ahmad Termizi Ramli kekal diletakkan di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Artikel Berkaitan:

Calon DUN

Pengkalan Hulu, Mohd Saad Ismail

Kota Tampan, Mohd Sabri Abdul Manaf

Selama, Razali Ismail

Kubu Gajah, Mohd Nazri Din

Titi Serong, Muhammad Nakhaei Wahab

Gunung Semanggol, Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar

Selinsing, Ahmad Saqif Ansarallah Ahmad Jihbaz Mokhlis

Changkat Jering, Megat Shariffudin Ibrahim.

Kamunting, Muhd Fadhil Nuruddin

Lubok Merbau, Zaiton Latiff

Manjoi, Datuk Asmuni Awi

Manong, Mohd Jamsari Mahamood

Belanja, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar

Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Ayer Kuning, Mohd Nazri Hashim

Kampung Gajah, Mohd Syamsul Alauddin

Pasir Panjang, Yahaya Mat Nor

Rungkup, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir

Changkat Jong, Dr Muhaimin Sulam

Behrang, Khairol Najib Hashim

Calon Parlimen

Larut, Zolkarnain Abidin

Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof

Bukit Gantang, Fakhruldin Mohd Hashim

Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli

Parit, Nurthaqaffah Nordin

Lumut, Datuk Hatta Ramli