Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil

Bank Negara Malaysia - Foto 123RF
Bank Negara Malaysia - Foto 123RF
A
A
A

KADAR jangka pendek dunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM49.16 bilion dalam sistem konvensional dan RM44.09 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan mengendalikan tender pasaran wang konvensional RM4 bilion selama enam hari, serta tiga tender Qard yang terdiri daripada tender RM2.2 bilion untuk tempoh tujuh hari, tender RM1 bilion (14 hari) dan tender RM200 juta (21 hari).

Selain itu, BNM juga akan menawarkan dua tender repo berbalik, iaitu tender RM300 juta untuk 94 hari dan tender RM290 juta selama 182 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan mengadakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM44.7 bilion dan RM39.7 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - Bernama

Artikel Berkaitan: