Pengawal keselamatan mati tersepit di pagar automatik

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pengawal keselamatan maut selepas tersepit di pagar automatik di tempat kerjanya di sebuah kedai perkakasan di Jalan Sri Purnama 5 di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Mana II Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.29 petang.

"Seramai empat anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian. Setibanya di lokasi terdapat seorang mangsa yang tersepit di pagar automatik.

"Mangsa, Sami Ur Rahman, berusia 29 tahun adalah warganegara Pakistan dan merupakan pekerja keselamatan di premis tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya bertindak membuka pagar automatik tersebut secara manual dengan bantuan pegawai penyelenggara kedai tersebut.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian sebelul diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Khairul Azhar menambah, operasi tersebut tamat pada jam 8 malam.

Artikel Berkaitan: