Dua pelajar kolej maut, Kancil bertembung Hilux

Keadaan Perodua Kancil yang dinaiki tiga pelajar TATIUC remuk teruk.
Keadaan Perodua Kancil yang dinaiki tiga pelajar TATIUC remuk teruk.
A
A
A

KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Dua pelajar Kolej Universiti Tati (TATIUC) terbunuh dalam nahas jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 145 jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Teluk Kalung, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.37 petang, Muhammad Ilman Waiz Ahmad Wazi,18 maut di tempat kejadian, manakala Muhammad Amirul Adli Mohd Anuar,18 meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan membabitan perlanggaran sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dengan Perodua Kancil yang dinaiki tiga penuntut TATIUC.

"Kemalangan membabitkan lima mangsa iaitu dua pembantu logistic SGC Petrotechnical Inspection (Malaysia) Sdn bhd yang menaiki Toyota Hilux.

"Manakala kereta kancil dinaiki tiga pelajar TATIUC yang kesemuanya berusia 18 tahun.

"Kedua-dua mangsa yang menaiki Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu Perodua kancil, Muhamad Muttaqin Zainal mengalami kecederaan dan dirawat di wad kecemasan," katanya.

Beliau berkata, punca kejadian masih belum diketahui tetapi hasil siasatan awal mendapati ia berlaku apabila Toyota Hilux gagal mengelak Perodua Kancil yang ketika itu masuk ke simpang kanan jalan secara mengejut.

"Kereta Kancil dikatakan masuk ke simpang kanan untuk ke Stesen Bas Geliga dan Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Teluk Kalong menghala ke Paka.

Artikel Berkaitan:

"Akibat jarak terlalu dekat pacuan empat roda tidak sempat mengelak dan melanggar tepat sebelah kira kereta kancil menyebabkan kenderaan itu terseret lebih kurang 21 meter," katanya.

Siasatan lanjut berhubung kemalangan ini masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.