BN muktamadkan dahulu senarai calon antara komponen

Mahdzir (dua dari kanan) menyerahkan skrol kepada graduan di Majlis Konvokesyen Kemahiran Malaysia (TVET@KPLB) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kali ke-13 di Alor Setar pada Khamis.
Mahdzir (dua dari kanan) menyerahkan skrol kepada graduan di Majlis Konvokesyen Kemahiran Malaysia (TVET@KPLB) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kali ke-13 di Alor Setar pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - BN akan memuktamadkan senarai calonnya terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menyerahkan kerusi tertentu kepada parti gabungan (Friends of BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, BN yang merangkumi UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dijangka memuktamadkan senarai akhir calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Katanya, selepas semua urusan berkenaan selesai, baharu keputusan sama ada menyerahkan kerusi bagi ditandingi parti gabungan dapat diputuskan dan diluluskan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"BN ada empat parti komponen dan kita perlu selesaikan dahulu pembahagian kerusi untuk parti komponen yang dalam proses dimuktamadkan, kemudian baharu kita tentukan kedudukan parti 'Friends of BN' ini," katanya ketika sidang akhbar Majlis Konvokesyen Kemahiran Malaysia (TVET@KPLB) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kali Ke-13 di sini pada Khamis.

Menurutnya, penentuan di mana kerusi parti 'Friends of BN' ini, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diputuskan Pengerusi BN, sebelum penamaan calon 5 November.

Antara yang disebut bakal bertanding mewakili parti gabungan adalah penyandang kerusi Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang dijangka bertanding mewakili BN selepas Parti Bangsa Malaysia (PBM) memohon menjadi parti gabungan.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar bahawa Pakatan Harapan bakal menang di 15 kerusi Parlimen di Kedah, beliau berkata, setiap parti perlu berfikir secara munasabah dalam membuat sasaran.

"Saya kenal Mahfuz secara peribadi, kalau ada 16 kerusi Parlimen pun dia akan kata menang 16, nasib ada 15 (kerusi Parlimen) sahaja di Kedah.

Artikel Berkaitan:

"Walau bagaimanapun, saya berasakan setiap pihak kena berfikir secara munasabah, saya tak fikir apa yang Mahfuz cakap akan jadi kenyataan. Dia pun main tembak sahaja, jadi tak apa, biarkan dia," katanya.