Letak calon luar bukan bermakna PKR tandus pemimpin

Anwar (dua dari kiri) ketika sidang akhbar di Pusat Operasi Pilihan Raya DUN Manjoi, di Ipoh pada Khamis.
Anwar (dua dari kiri) ketika sidang akhbar di Pusat Operasi Pilihan Raya DUN Manjoi, di Ipoh pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon luar bertanding di Perak bukan disebabkan ketandusan pemimpin tempatan untuk diketengahkan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu tampil mengetengahkan calon pelbagai latar belakang dari luar Perak yang mempunyai kewibawaan.

"Jika ada 100 calon, kalau ada dua (orang) luar takkanlah ketandusan (calon). Sebab orang Perak bertanding di luar pun ada.

"Bagi saya bukan itu soalnya. Lebih penting mengubah politik negara," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya di Pusat Operasi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengumuman dua calon PH iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Zainal Azman Abu Seman serta anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz

Anwar berkata, peletakan dua calon berkenaan di Perak itu dipilih atas kewibawaan bagi mewakili rakyat seluruh kaum.

Pada Rabu, PKR mengumumkan tujuh calon baharu daripada pelbagai bidang disiplin dan pengalaman untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Antara calon tersebut ialah ilmuwan agama, Nik Omar; Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Zainal Azman.

Artikel Berkaitan: