Saya tak bawa senapang: Ella bakal ke Lubnan

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI, Ella, dan suami Kapten Azhar bakal ke Lubnan untuk mengikuti misi kemanusiaan anjuran Kebahagiaan Kemanusiaan Berhad, hujung April ini.

Jelas Nur Zila Haji Aminuddin atau lebih dikenali Ella, dia menantikan peluang ini sejak lapan tahun lalu untuk melihat sendiri keadaan mangsa pelarian Palestin dan Syria di sana.

"Saya bukan sahaja mahu berkongsi dengan peminat tetapi dengan sesiapa sahaja.

"Oleh itu saya menyeru agar kita semua bersama-sama membantu mereka yang lebih memerlukan bantuan.

"Ambillah peluang ini untuk membuat amal ibadah sacara tidak langsung," ujar Ella yang ditemui dalam Majlis Pelancaran Kempen Palestin & Syria #1Follower1Ringgit

No Image Caption

Ratu Rock ini bakal ke Lubnan bersama suami, Kapten Azhar Husaini Ghazali, 38.

"Dari segi persiapan saya bersama suami pun sedang menyiapkan apa yang perlu.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH sedikit sebanyak kami dah bersedia untuk ke sana sementara menunggu suami dapat cuti kerja.

"Tapi saya tak bawa senapang," ujarnya bergurau.

Mengenai pelantikan Ella sebagai Ikon Kemanusiaan, menurut Pengarah Kebahagiaan Kemanusiaan Berhad, Dr Roslan menyifatkan penyanyi berkenaan mempunyai jiwa yang dekat dengan misi seperti ini.

"Sebelum ini Ella pernah menjadi contoh Yayasan Kebajikan Negara yang bertujuan untuk mempromosikan pemikiran positif di kalangan belia termasuk muda mudi.

"Sebagai anak seni,saya percayai dia rapat dengan denyut nadi mereka yang susah.

"Bahkan dia juga mempunyai jiwa yang rapat dengan misi-misi kemanusiaan.

"Sebab itu saya memilih Ratu Rock Negara ini selaku Ikon Kemanusiaan dan duta Kebahagiaan Kemanusiaan Berhad," katanya.