BN pertaruh Shahril Sufian di Jasin?

Tersebar satu edaran yang mengatakan Shahril Sufian (gambar) akan bertanding di kerusi Parlimen Jasin pada PRU15.
Tersebar satu edaran yang mengatakan Shahril Sufian (gambar) akan bertanding di kerusi Parlimen Jasin pada PRU15.
A
A
A

SHAH ALAM - Desas desus Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan akan bertanding di kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin hangat diperkatakan.

Ia susulan tersebar satu edaran di media sosial yang menyatakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu sebagai calon BN di kerusi tersebut.

Sebelum ini, Shahril Sufian antara nama yang disebut-sebut bakal dicalonkan gabungan parti itu di kerusi Parlimen Jasin pada PRU15.

Kerusi Parlimen Jasin kali ini dijangka menjadi tumpuan ramai, ekoran beberapa nama lain yang dilihat berpotensi sebagai calon dan keputusan PRU14 yang menyaksikan kemenangan tipis BN di kubu kuatnya itu.

Penyandang Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah sebelum ini memaklumkan beliau tidak akan bertanding pada PRU15 bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk membawa suara rakyat kawasan itu ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada PRU14, Ahmad menewaskan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan majoriti 219 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Ahmad memperoleh 26,560 undi manakala Khairuddin mendapat 26,341 undi sementara calon Pas, Abd Alim Shapie mendapat 8,860 undi.

Artikel Berkaitan: