Milo Calcium Pluz bekalkan kalsium, Vitamin D

Milo Calcium Pluz membantu ibu memenuhi keperluan permakanan anak-anak mereka.
Milo Calcium Pluz membantu ibu memenuhi keperluan permakanan anak-anak mereka.
A
A
A

SHAH ALAM – Milo memperkenalkan varian UHT baharu, Milo Calcium Pluz yang mengandungi jumlah kalsium dan vitamin D setara dengan segelas susu dalam setiap hidangan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan-Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, April Wong berkata, Milo Calcium Pluz menyediakan penyelesaian mudah kepada kaum ibu untuk memenuhi keperluan pemakanan anak-anak mereka dalam menghadapi hari-hari persekolahan.

“Kami teruja untuk memperkenalkan produk ini bagi membantu ibu memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.

"Dengan vitamin dan mineral yang seimbang, termasuk kandungan kalsium yang tinggi, Milo Calcium Pluz dapat membantu meningkatkan pengambilan nutrien dalam kalangan kanak-kanak dan membekalkan mereka tenaga untuk melangkah lebih jauh di sekolah, tidak kira apa jua yang ingin dicapai,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, minuman itu diperbuat daripada kebaikan susu, barli malt dan koko serta padat dengan gabungan unik vitamin, mineral penting, termasuk Vitamin B2 yang membebaskan tenaga daripada makanan serta vitamin D yang membantu tubuh dalam penyerapan kalsium.

Didatangkan dalam pek 200 mililiter (ml), Milo Calcium Pluz boleh didapati di semua kedai serbaneka, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar serta laman e-dagang utama.

Artikel Berkaitan: