Pembangkang gagal jadikan LCS sebagai isu politik

Hishammuddin ditemui dalam sidang media pada lawatan rasmi beliau ke Pangkalan TLDM, Lumut.
Hishammuddin ditemui dalam sidang media pada lawatan rasmi beliau ke Pangkalan TLDM, Lumut.
A
A
A

LUMUT - Cubaan pembangkang untuk memainkan isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) dalam ceramah politik dianggap tidak menjadi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk selamatkan projek berkenaan selepas pihak terbabit gagal menyelesaikan isu tersebut ketika mentadbir selama 22 bulan.

"Mereka sudah buat daripada dulu, saya hendak beritahu perancangan mereka tidak menjadi. Mereka mengharapkan LCS ini boleh dijadikan isu kebencian terhadap kerajaan seperti apa yang berlaku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tujuan mereka dalam politik untuk serang kepimpinan peribadi individu dalam kerajaan untuk pertimbangan politik. Kita ambil tindakan sekurang-kurangnya membentangkan kepada rakyat, rancangan kita selamatkan projek LCS ini yang sangat di perlukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Saya ingin bertanya kepada mereka selama 22 bulan memerintah, apa yang telah dilakukan mengenai LCS ketika itu, hendak menunding jari memang mudah," katanya kepada pemberita pada lawatan rasmi beliau ke Pangkalan TLDM di sini pada Rabu.

Hishammuddin berkata, projek LCS berkenaan melibatkan pelbagai pemegang saham termasuk kerajaan luar.

Saya bentangkan kepada rakyat ialah perancangan kita menyelamatkan projek ini yang melibatkan ramai pemegang saham antaranya Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), TLDM, Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Naval Group di Perancis dan kerajaan Perancis sendiri.

"Sekiranya mereka boleh tunjukkan kepada saya bahawa mereka boleh lakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan hari ini untuk LCS, mereka boleh bangkitkan sebagai satu isu.

Artikel Berkaitan:

"Kalau tidak, saya anggap apa yang dibangkitkan sekarang ini hanya pertimbangan-pertimbangan politik," katanya.