RUU ditolak cermin kerajaan lemah: Tok Mat

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

SEREMBAN - Penolakan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 berkenaan status Sabah dan Sarawak yang dibentangkan dalam Parlimen malam tadi, mencermikan yang kerajaan hari ini lemah.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sepatutnya sebelum pindaan itu dibuat atau dibawa ke dalam Dewan Rakyat ia dibincangkan secara menyeluruh dengan mengambil kira pandangan semua.

"Sepatutnya ia disokong, tapi ditolak kerana tidak mencerminkan manifesto dijanjikan yang mereka akan perkasakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Apa yang mereka bentang semalam hanya memisahkan negeri tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Padahal menteri yang bentang itu adalah dari Sabah," katanya.

Beliau difahamkan ahli Parlimen pembangkang telah minta perkara berkenaan dibawa ke jawatankuasa pemilih terlebih dahulu untuk dibincangkan secara mendalam sebelum dibentangkan.

Katanya, ini kerana ia bukan semudah itu untuk diputuskan.

"Saya kesian dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya rasa menteri tidak beri nasihat pada beliau dengan betul.

"Jika pindaan ini baik, kenapa Parti Gabungan Sarawak(PGS) yang bukannya dari BN tidak sokong?. Maknanya apa yang dibentangkan itu tidak beri apa-apa kebaikan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Usaha kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963, gagal mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat malam tadi.

Ini selepas RUU itu kekurangan 10 undi untuk memperoleh sokongan majoriti ; 148 undi daripada 222 anggota Parlimen iaitu dua pertiga persetujuan anggota Dewan Rakyat.