X

Kindly register in order to view this article
!

Kediaman rasmi MB Johor lengang, tiada kelibat Osman

A
A

JOHOR BAHRU - Kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Saujana di Jalan Hassan Al-Attas di sini dilihat lenggang selepas pengumuman peletakan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai menteri besar, semalam.

Bagaimanapun, tinjauan lebih sejam di depan perkarangan mendapati masih terdapat beberapa kenderaan yang keluar masuk dari kediaman berkenaan.

Namun begitu, dalam kenderaan berkenaan, tidak ada satu pun kelihatan kelibat Osman mahu pun ahli keluarganya.

Selain itu, terdapat empat anggota polis berkawal di hadapan perkarangan kediaman itu.

Pengumuman mengenai perletakan jawatan Osman sebagai Menteri Besar Johor ke-16 bermula Isnin (8 April) dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur, semalam.

Osman yang mengangkat sumpah pada 12 Mei 2018 susulan kemenangan PH pada PRU14 dipercayai ialah menteri besar Johor paling singkat kerana berkhidmat tidak sampai 11 bulan.

Sepanjang perkhidmatan beliau, terdapat beberapa kontroversi berkait rapat dengannya termasuk dakwaan memiliki ijazah palsu serta dakwaan tidak memberikan komitmen penuh dalam mengatasi insiden pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, bulan lalu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus