1,743 kes baharu Covid-19, lima kematian

Malaysia merekodkan 1,743 kes baharu Covid-19 pada Selasa. - Gambar hiasan
Malaysia merekodkan 1,743 kes baharu Covid-19 pada Selasa. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,743 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,885,339 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak lima kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,452 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 26,797 kes, dengan 25,620 atau 95.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 1,133 pesakit ditempatkan di hospital dengan 44 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Artikel Berkaitan: