Dua remaja mengaku tidak salah rogol gadis 14 tahun

Dua remaja lelaki yang dihadapkan ke Makhamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun secara berkumpulan di Tawang, Bachok.
Dua remaja lelaki yang dihadapkan ke Makhamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun secara berkumpulan di Tawang, Bachok.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Dua remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di Tawang, Bachok.

Kedua-dua tertuduh yang berusia 18 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli sebaik sahaja pertuduhan secara berasingan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh pertama didakwa atas dua pertuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah bilik di kedai makan dekat Tawang.

Mengikut pertuduhan pertama, perbuatan itu dilakukan pada pertengahan bulan Ogos lalu, lebih kurang jam 1.15 pagi.

Pertuduhan kedua pula, ia dilakukan pada minggu kelima bulan September lalu, lebih kurang jam 1.45 pagi di lokasi yang sama.

Mohd Zul Zakiqudin tidak membenarkan tertuduh pertama diikat jamin bagaimanapun boleh melantik peguam untuk perbicaraan semula.

Sementara itu, tertuduh kedua yang didakwa atas satu pertuduhan sama iaitu merogol gadis berusia 14 tahun pada pertengahan bulan Ogos lalu, lebih kurang jam 1.15 pagi.

Tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM10,000 bersama seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah turut menetapkan tertuduh supaya melaporkan diri setiap 1 hari bulan di balai polis berdekatan serta berkelakuan baik dengan tidak mengganggu saksi.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 23 November ini.

Sementara itu, enam lagi tertuduh yang merupakan pesalah juvana dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bachok atas pertuduhan sama pada Selasa.

Sinar Harian pada 17 Oktober lalu melaporkan lapan remaja lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang gadis berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, penahanan kesemua remaja lelaki itu dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan polis berkait kes rogol melibatkan mangsa bawah umur.