Rogol berkumpulan, lapan remaja berdepan 18 pertuduhan

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Lapan remaja yang didakwa terlibat dalam kes rogol berkumpulan melibatkan mangsa seorang gadis berusia 14 tahun pada 16 Oktober lalu bakal berdepan dengan 18 pertuduhan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek yang berusia 14 hingga 18 tahun itu akan dituduh bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan pertuduhan secara berasingan.

"Tujuh daripada mereka masih kanak-kanak semasa kejadian dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Selasa ini.

"Seorang lagi yang berusia 18 tahun akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian pada 18 Oktober lalu melaporkan lapan remaja lelaki ditahan reman tujuh hari di Mahkamah Majistret Bachok, Kelantan bagi membantu siasatan kes rogol berkumpulan ke atas seorang gadis bawah umur.

Artikel Berkaitan: