Parkir tambahan dibina di Klinik Kesihatan Rawang

Kawasan luar klinik dinaik taraf bagi menyediakan ruang untuk parkir tambahan kepada orang awam yang berurusan di Klinik Kesihatan Rawang.
Kawasan luar klinik dinaik taraf bagi menyediakan ruang untuk parkir tambahan kepada orang awam yang berurusan di Klinik Kesihatan Rawang.
A
A
A

RAWANG - Sejumlah RM556,000 diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyediakan parkir tambahan di luar Klinik Kesihatan Rawang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, ia bagi menyelesaikan masalah tempat letak kereta tidak mencukupi dihadapi pengguna yang berurusan di klinik terletak di Taman Rawang Perdana itu.

Menurutnya, peruntukan diterima itu digunakan untuk membersihkan kawasan di luar klinik kesihatan bagi mendapatkan ruang untuk dijadikan parking tambahan.

"Pada tahun 2018 saya dan ahli Parlimen Selayang, William Leong dijemput untuk lawatan ke Klinik Kesihatan Rawang dan pegawai klinik memberitahu isu yang paling kritikal adalah isu parkir tidak mencukupi.

"Keadaan itu menyebabkan kakitangan dan kebanyakan pesakit terpaksa meletakkan kenderaan jauh (luar klinik)," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

William dan Wei Kiat (kanan) meninjau projek yang telah disiapkan baru-baru ini.
William dan Wei Kiat (kanan) meninjau projek yang telah disiapkan baru-baru ini.

Susulan itu Wei Kiat berkata, pihaknya telah mencadangkan Majlis Perbandaran Selayang MPS mengambil langkah menaik taraf longkang sebagai pejalan kaki di luar kawasan klinik.

Artikel Berkaitan:

"Langkah itu supaya ada ruangan yang lebih luas bagi membina parking di depan klinik.

"Tahun ini peruntukan sebanyak RM556,000 telah diperuntukkan bagi tujuan itu dan kini kawasan tersebut telah mempunyai 50 parkir tambahan bagi kemudahan orang awam, " katanya.