Southampton dedah kelemahan Arsenal

Arteta kecewa ketumpulan jentera serangan Arsenal ketika terikat 1-1 dengan Southampton pada Ahad. - Foto Agensi
Arteta kecewa ketumpulan jentera serangan Arsenal ketika terikat 1-1 dengan Southampton pada Ahad. - Foto Agensi
A
A
A

ARSENAL harus menyalahkan diri sendiri setelah mensia-siakan deretan peluang ketika terikat 1-1 dengan Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Keputusan seri menyaksikan The Gunners yang sebelum ini berkelebihan empat mata di depan pasukan tempat kedua, Manchester City kurang kepada dua mata selepas penyandang juara itu menang ke atas Brighton & Hove Albion 3-1 Sabtu

lalu.

"Saya seakan dapat rasakan kami mungkin kehilangan dua mata terutama ketika memulakan perlawanan dan peluang yang kami miliki.

"Apabila anda melihat kembali peluang yang diperoleh, kami sepatutnya mendahului perlawanan," ujar jurulatih Arsenal, Mikel Arteta.

Arsenal mendahului permainan hampir sejam selepas jaringan Granit Xhaka pada minit ke-11 dan mampu mengesahkan kemenangan sebelum babak kedua bermula.

Bagaimanapun, The Gunners perlu menyalahkan diri sendiri selepas mensia-siakan deretan peluang keemasan untuk menokok jaringan terutamanya menerusi Gabriel Jesus dalam aksi di St Mary's itu.

Southampton menterjemahkan peluang terhidang untuk menyamakan kedudukan dan ia hadir menerusi Stuart Armstrong ketika permainan berbaki 25 minit.

Artikel Berkaitan:

“Saya kecewa. Kami sepatutnya menjaringkan gol. Di EPL, satu gol tidak pernah mencukupi.

“Kami mempunyai tiga atau empat peluang dan sepatutnya menambah jaringan. Kami perlu dua atau tiga gol, tetapi hanya satu disempurnakan.

“Kami mencipta banyak peluang tetapi gagal dimanfaatkan. Ia satu pengajaran kerana kami mahu kembali menang,” kata Arteta.