'Janganlah jual PerantiSiswa' – Syed Saddiq

Hantaran Syed Saddiq di Facebooknya pada Isnin
Hantaran Syed Saddiq di Facebooknya pada Isnin
A
A
A

SHAH ALAM – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa penerima PerantiSiswa supaya tidak menjual gajet tersebut.

Beliau berkata, ia berikutan kerajaan telah memberi peranti itu untuk digunakan dan masih ramai lagi yang memerlukan PerantiSiswa tersebut.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut memuat naik tangkap layar iklan jualan gajet berkenaan di sebuah laman jualan dalam talian dengan harga RM800.

“Saya cari ad (iklan) balik dah tak jumpa. Janganlah jual. Kerajaan dah bagi untuk guna dan ramai lagi yang memerlukannya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, PerantiSiswa berjenama Samsung untuk semua mahasiswa dalam kalangan B40 diberikan secara terus tanpa perlu dipulangkan semula kepada kerajaan.

Di samping itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa juga menasihatkan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa agar menjaga sebaiknya tablet Samsung terbabit serta tidak menjualnya.

Tambah Syed Saddiq, mana-mana mahasiswa yang tidak memerlukannya boleh menyerahkan kembali untuk disampaikan kepada golongan memerlukan.

“Satu per tiga pelajar di Malaysia tak ada gajet. Di Sabah dan Sarawak, sebahagian pelajar tak ada. Boleh serahkan kembali untuk disampaikan kepada yang mereka memerlukan lagi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: