Tarikan ‘tersembunyi’ Taiwan

Formosan Aboriginal Culture Village yang terserlah keindahannya apabila cahaya matahari memancar di sebalik bunga-bunga Cherry Bloosom berwarna pink, menerbitkan ketenangan.
Formosan Aboriginal Culture Village yang terserlah keindahannya apabila cahaya matahari memancar di sebalik bunga-bunga Cherry Bloosom berwarna pink, menerbitkan ketenangan.
A
A
A

KATA pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Berkesempatan mengunjungi Taiwan membuka mata penulis untuk mengenali dengan lebih dekat bukan sahaja budaya dan peluang perniagaan, malah lokasi pelancongan yang ada di negara berkeluasan 36,197 kilometer persegi itu.

Sambil bekerja, penulis masih boleh menghilangkan lelah dengan menikmati keistimewaan Taiwan. Itu antara pengalaman penulis yang mengikuti trip media Indo-Pasifik ke Taiwan anjuran Kementerian Luar Taiwan (Mofa) baru-baru ini.

Terdapat beberapa destinasi yang 'wajib' dikunjungi jika menjejak kaki ke bumi Taiwan yang kebetulan sedang ligat memperomosikan negaranya sejajar transformasi baharu Dasar Pandang Ke Selatan.

Antara lokasi menarik itu termasuklah Formosan Aboriginal Culture Village (Kampung Budaya Orang Asli Formosa) iaitu sebuah taman seluas 62 hektar yang menampilkan ciri kebudayaan, kesenian serta sejarah puak orang asli yang diperlihatkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar dalam bentuk pameran serta persembahan.

Antara persembahan kebudayaan yang dipertontonkan kepada pelancong di Formosan Aboriginal Culture Village, Taiwan.
Antara persembahan kebudayaan yang dipertontonkan kepada pelancong di Formosan Aboriginal Culture Village, Taiwan.

Kaum asli Taiwan

Pelancong terlebih dahulu perlu menaiki kereta kabel Lake Ropeway untuk menuruni gunung curam menuju perkampungan budaya yang terserlah keindahannya apabila cahaya matahari memancar di sebalik bunga Cheery Blossom berwarna merah jambu keunguan, menerbitkan ketenangan.

Selain dapat menyaksikan keunikan rumah kaum asli, pelancong boleh menghayati persembahan tarian dan nyanyian tradisional antaranya suku kaum Paiwan, Rukai, Ami Tao dan Puyuma.

Artikel Berkaitan:

Tempat-tempat lain boleh dilawati di Taipie pula termasuklah I-Ride Experience Center yang akan membawa kita mengembara ke seluruh Taiwan menggunakan teknologi 5D dan Taipei 101, menara pencakar langit 101 tingkat. Menara dengan binaan unik itu mengalahkan ketinggian Menara Berkembar Petronas dengan kelebihan 57 meter.

Untuk naik ke dek bangunan kedua tertinggi di dunia itu, pengunjung perlu menggunakan lif. Ia antara lif terpantas di dunia yang mengambil masa sekitar 37 saat untuk bergerak dari tingkat lima ke tingkat 89 (dek) yang menawarkan pemandangan bandar Taiwan itu.

Penulis bergambar di menara Taipei 101 yang menjadi mercu tanda negara Taiwan.
Penulis bergambar di menara Taipei 101 yang menjadi mercu tanda negara Taiwan.

Muzium Istana Negara iaitu salah sebuah muzium terkenal di dunia juga antara lokasi menarik khususnya pencinta seni artifak.

Reka bentuk muzim terletak di kaki gunung itu sahaja penuh ciri-ciri kebudayaan dan menyimpan ratusan artifak kuno. Kepada yang kaki 'shopping', di Taiwan terdapat banyak pasar malam terkenal dan menjadi sebutan pelancong antaranya Pasar Malam Shilin selain Pasar Malam Jalan Raohe dan Pasar Malam Jalan Huaxi yang menawarkan pelbagai barangan menarik.Penyertaan Taiwan dalam CPTPP untungkan Malaysia?

Taiwan percaya kerjasama erat dalam perniagaan dengan Malaysia lebih erat selepas negara itu menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Untuk rekod, Taiwan sedang membuat persediaan untuk menyertai blok perdagangan itu dan sedang mengemas kini penilaian impak di samping berusaha untuk memuktamadkan pindaan undang-undang di Parlimen.

Ketua Setiausaha Biro Perdagangan Luar Negerinya, Nick K Ni berkata, penyertaan Taiwan dalam CPTPP dijangka membuka banyak manfaat terhadap pembangunan ekonomi Malaysia memandangkan ketika ini lebih 1,750 syarikat Taiwan melabur di Malaysia.

I Ride membawa anda menjelajah bumi Taiwan menggunakan teknologi 5D.
I Ride membawa anda menjelajah bumi Taiwan menggunakan teknologi 5D.

“Setelah Taiwan menyertai CPTPP, tarif pada komponen elektronik dan mekanikal (eksport utama Taiwan ke Malaysia) akan dihapuskan. Ini akan memberi insentif bagi syarikat-syarikat Taiwan menubuhkan kilang-kilang di Malaysia dan mengembangkan perniagaan hingga ke pasaran ASEAN yang sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan tempatan,” katanya menjawab soalan wartawan Sinar Harian yang mewakili Malaysia dalam program lawatan Indo-Pasifik ke negara itu, baru-baru ini.

Tambah Nick, rentetan penyertaan Taiwan ke dalam blok perdagangan itu kerjasama dua hala antara Malaysia dan Taiwan juga dijangka melonjak eksport barangan utama Malaysia ke Taiwan seperti barangan litar bersepadu, dipole, osiloskop dan petroleum.

Di bawah Dasar Baharu Pandang ke Selatan oleh Presiden Tsai Ing-wen, Taiwan memperluaskan kerjasama ekonomi dengan 10 ahli negara ASEAN termasuk Malaysia.Antara tempat menarik lain di Taiwan