Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tiga negeri di Semenanjung dan tiga Wilayah Persekutuan sehingga jam 10 pagi, Ahad.

Amaran ribut petir dan hujan lebat yang dikeluarkan MetMalaysia melibatkan tiga negeri di Semenanjung dan tiga Wilayah Persekutuan sehingga jam 10 pagi, Ahad.
Amaran ribut petir dan hujan lebat yang dikeluarkan MetMalaysia melibatkan tiga negeri di Semenanjung dan tiga Wilayah Persekutuan sehingga jam 10 pagi, Ahad.

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada jam 7.30 pagi memaklumkan tiga negeri berkenaan ialah Selangor, Johor dan Sabah selain Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Di Selangor kawasan terlibat ialah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Selain itu di Johor membabitkan Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Kawasan di Sabah pula melibatkan pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas).

Artikel Berkaitan: