Casemiro selamatkan United

Casemiro (kanan) menanduk bola untuk menghasilkan gol penyamaan buat United ketika terikat 1-1 dengan Chelsea pada Ahad. Foto Agensi
Casemiro (kanan) menanduk bola untuk menghasilkan gol penyamaan buat United ketika terikat 1-1 dengan Chelsea pada Ahad. Foto Agensi
A
A
A

MANCHESTER United bernasib baik apabila berjaya mencuri satu mata pada aksi menentang Chelsea setelah terikat 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Pemain tengah, Casemiro menjadi penyelamat apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan.

Pada aksi di Stamford Bridge itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi sepakan penalti Jorginho pada minit ke-87.

Jurulatih The Red Devils, Erik ten Hag memuji semangat anak-anak buahnya untuk memastikan United kekal enam aksi tanpa kalah.

"Saya perlu memuji para pemain. Bangkit pada perlawanan keempat dalam tempoh 10 hari, anda dapat melihat semangat juang dan bagaimana mereka menangani situasi. Sangat baik.

"Kami mengawal permainan dan saya gembira dengannya. Jika dibolosi lewat permainan amat sukar. Ia keputusan yang adil," kata Ten Hag.

Cristiano Ronaldo tercicir daripada kunjungan ke Stamford Bridge selepas digugurkan oleh Ten Hag kerana enggan masuk sebagai pemain gantian ketika kemenangan ke atas Tottenham Hotspur.

Tanpa pemain sensasi ituu, United masih menunjukkan penguasaan dalam aksi di laman lawan itu. K

Artikel Berkaitan:

Keputusan seri itu mengekalkan United di tangga kelima, satu mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga keempat.

The Blues pula masih belum tewas dalam lapan perlawanan di bawah kendalian Graham Potter sejak pengendali itu menggantikan Thomas Tuchel.

"Ia mengecewakan kerana kami 1-0 di depan di hujung permainan tetapi satu mata adalah keputusan yang adil kerana saya tidak pasti kami cukup berusaha untuk memenanginya.

"Permainan kami bertambah baik selepas 30 minit, jadi saya terima keputusan ini," ujar Potter.