Pilih kerajaan amar makruf nahi mungkar

Penyampaian Anugerah Penyatuan Ummah daripada Ahmad (kiri) kepada Abdul Hadi di Kota Bharu pada Jumaat.
Penyampaian Anugerah Penyatuan Ummah daripada Ahmad (kiri) kepada Abdul Hadi di Kota Bharu pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Rakyat perlu memilih kerajaan yang amar makruf nahi mungkar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, menjadi kewajipan rakyat untuk keluar mengundi bagi memilih kerajaan yang betul tersebut pada 19 November nanti.

“Allah sebutkan, hendaklah ada dalam kalangan kamu, satu kumpulan ummah yang menyeru kepada kebaikan, kebajikan dan mencegah kemungkaran. Pilih kumpulan ini.

“Jangan pilih yang bagi duit atau yang janji macam-macam. Pilih yang boleh tunaikan amar makruf nahi mungkar,” katanya pada Himpunan Penyatuan Ummah & Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Pengerusi Perikatan Harapan (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Abdul Hadi berkata, negara perlu dibina dengan ilmu daripada al-Quran dan memerlukan perpaduan ummah yang mesti melibatkan semua, bukan hanya Pas dan UMNO.

“Ramai yang tak faham. Kita menghadapi kesukaran. Kita memerlukan perpaduan ummah untuk tegakkan negara ini, menyatukan umat Islam dan manusia.

“Nak ajak Pas dan UMNO saja tak cukup, mesti ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Mesti ada parti di Sabah dan Sarawak dan parti-parti bukan Islam bergabung,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan perjumpaan terakhir dengan UMNO baru-baru ini, diberi syarat untuk masuk PRU15, Pas perlu putus dengan Bersatu.

“Mereka jemput saya berjumpa, disebutkan dalam media, saya minta nak jumpa mereka. Diberi syarat nak masuk PRU15, Pas perlu putus dengan Bersatu.

“Keputusannya, kami tolak Pakatan Harapan (PH) dan BN. Kekal dengan Bersatu dan beberapa lagi parti lain,” katanya.