PRU15: BN muktamad calon dalam masa terdekat

Ahmad Zahid ketika hadir ke Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan ABM Jenagor, pada Jumaat.
Ahmad Zahid ketika hadir ke Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan ABM Jenagor, pada Jumaat.
A
A
A

HULU TERENGGANU - BN akan memuktamadkan semua calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh tiga hingga lima hari sebelum penamaan calon pada 5 November ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam pilihan raya umum kali ini, parti itu akan menampilkan kira-kira 70 peratus muka baharu sebagai tarikan kepada pengundi.

Menurutnya, kehadiran calon baharu sudah diuji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang lalu dan mereka diterima baik oleh pengundi.

"Kita tampilkan 84 peratus muka baharu di Melaka dan 72 peratus di Johor. Pengundi mahukan muka-muka baharu ini untuk beri semangat baru kepada parti dan berkhidmat kepada rakyat diwakili," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan ABM Jenagor, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Mengulas mengenai persediaan BN terhadap kerusi Parlimen yang disifatkan sebagai kritikal, Ahmad Zahid berkata, pihaknya sudah mengenal pasti antara 27 hingga 31 kerusi yang sepatutnya dielakkan pada PRU15 bagi memberi tumpuan kepada kemenangan.

Namun, kita berazam dengan keputusan yang telah dibuat oleh parti dan pihak yang berkenaan tidak lagi bersama dengan kita.

Artikel Berkaitan:

“Azam kita adalah untuk terus memperkukuhkan jentera parti komponen kita bersama-sama dengan parti Friends of BN dan juga beberapa pihak yang kita jangka boleh memberikan sokongan kepada calon-calon kita untuk memenangi kerusi-kerusi berkenaan,” katanya.