PRU15: ATM kenal pasti 'kawasan panas' di Kelantan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah mengenal pasti beberapa 'kawasan panas' di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Abu Hassan Assha'ari bagaimanapun berkata, pasukan itu sudah membuat persediaan sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Kita sudah mengadakan pertemuan dengan semua anggota sebagai persiapan PRU15.

"Sehingga kini seramai 5,000 anggota dikerah bagi memastikan tiada sebarang masalah dihadapi sepanjang pilihan raya itu," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pencegahan Rasuah Negeri Kelantan Tahun 2022 di sini, pada Khamis.

Program dirasmikan Naib Pengerusi Kanan Majlis Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob dan turut dihadiri Pengerusi MCPF Kelantan, Datuk Abd Aziz Nawi.

Sementara itu, Ayub berkata, MCPF akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara membuat laporan polis jika berdepan jenayah seksual.

Menurut beliau, laporan tepat memudahkan polis menjalankan siasatan terhadap kes terbabit.

"Kita akan mengagihkan buku berkaitan perkara itu bagi mendidik pelajar bagi memudahkan mereka jika berdepan perkara itu.

Artikel Berkaitan:

"Antara pengisiam ialah mengadakan ceramah termasuk kes melibatkan jenayah seksual," katanya.

Selain itu, beliau turut memberitahu, Modul Pencegahan Jenayah yang dilancarkan pada tahun 2019 akan ditambah baik supaya lebih berkesan.

"Modul yang diperkenalkan itu tidak dipraktikkan sepenuhnya kerana negara berdepan pandemik Covid-19.

"Bagaimanapun, kita akan meneruskan modul itu tahun ini selepas bebas pandemik," katanya.