KK Super Mart bantu warga emas, ibu tunggal

Steven (empat dari kiri) ketika menyerahkan kotak makanan kepada Persatuan Kebajikan Warga Emas dan Ibu Tunggal Ros Bahagia Kuala Lumpur di PPR Raya Permai, Sungai Besi, di sini pada Ahad.
Steven (empat dari kiri) ketika menyerahkan kotak makanan kepada Persatuan Kebajikan Warga Emas dan Ibu Tunggal Ros Bahagia Kuala Lumpur di PPR Raya Permai, Sungai Besi, di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedai serbaneka 24 jam, KK Super Mart menyampaikan 100 buah kotak makanan kepada Persatuan Kebajikan Warga Emas dan Ibu Tunggal Ros Bahagia Kuala Lumpur di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi, di sini.

Pengurus Kanan Kawalan Operasi Perniagaan KK Super Mart, Steven Lee berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan kos perbelanjaan masyarakat terutama golongan B40 yang sentiasa memerlukan perhatian semua pihak.

Menurutnya, kotak makanan yang disumbangkan itu mengandungi barang-barang keperluan harian seperti, beras 5 kilogram (kg), bihun, susu tin, sardin, biskut, garam dan lain-lain.

"KK Super Mart sentiasa peka dalam membantu masyarakat meskipun dalam keadaan pandemik Covid-19 mahupun bencana alam seperti banjir.

"Kami berharap bantuan seumpama ini dapat menceriakan dan memberi pengertian besar bagi penduduk PPR Raya Permai untuk meraikan sambutan Deepavali tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Steven turut berharap sumbangan seumpama itu dapat mendekat dan mengeratkan hubungan masyarakat dengan KK Super Mart.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk yang hadir pada majlis itu kerana memberi sokongan dan memberi kepercayaan kepada KK Super Mart.

Dalam kenyataan sama, KK SUPER Mart memaklumkan pihaknya menyambut ulang tahun ke-21 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 1 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Sambutan meriah itu dihadiri lebih daripada 2,100 orang tetamu bagi meraikan hari bersejarah tersebut.

Dengan pembukaan cawangan lebih daripada 642 di seluruh Malaysia, KK Super Mart tidak akan alpa meneruskan aktiviti khidmat sosial kepada masyarakat setempat.