Penternak bantah cukai 'sendawa dan kentut'

Orang ramai menyertai protes bagi menentang cukai 'sendawa dan kentut' di Wellington pada Khamis. - Foto AFP
Orang ramai menyertai protes bagi menentang cukai 'sendawa dan kentut' di Wellington pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A
WELLINGTON - Para penternak meninggalkan ladang-ladang masing-masing dan merempuh jalan-jalan di beberapa bandar raya New Zealand pada Khamis untuk menyertai protes bagi menentang rancangan untuk mengenakan cukai 'sendawa dan kentut' haiwan ternakan mereka.

Konvoi-konvoi traktor dan kenderaan-kenderaan ladang mengganggu lalu lintas di Wellington, Auckland, Christchurch dan hab-hab utama lain dengan peserta menuntut kerajaan supaya menjauhi cukai tersebut.

'Cukai sendawa dan kentut' itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Pada minggu lalu, Ardern mendedahkan rancangan untuk mengenakan cukai ke atas metana dan nitrus oksida yang dikeluarkan menerusi air kencing serta najis daripada enam juta lembu dan 26 juta biri-biri di negara tersebut.

Seekor lembu boleh menghasilkan sebanyak 70 hingga 120 kilogram (kg) metana setahun dan kebanyakannya dilepaskan sebagai sendawa.
Artikel Berkaitan:


Para saintis percaya ia bertanggungjawab untuk kira-kira 30 peratus daripada kenaikan suhu global.

Ardern berhujah cukai itu diperlukan untuk memperlahankan pemanasan global.

Bagaimanapun, para penternak New Zealand berasa berang dengan beribu-ribu pekerja pertanian menyertai protes pada Khamis bagi menentang cukai tersebut. - Agensi