Banjir tidak jejas sektor pelancongan Pakistan

Yasir (dua dari kiri) bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (tiga dari kanan). Turut bersama Ketua Pengarang Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Pengisian Sinar Harian, Rozaid Abdul Rahman (kiri) dan Pengarang Berita Sinar Harian, Zamri Rambli (dua dari kanan). - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

SHAH ALAM - Banjir besar yang melanda Pakistan awal September lalu tidak menjejaskan sektor pelancongan negara itu.

Kaunselor Kedutaan Pakistan, Yasir Kayani berkata, orang ramai tidak perlu khuatir untuk berkunjung ke negara berkenaan kerana kawasan pelancongan seperti Kashmir, Babusar dan banyak lagi tidak berdepan risiko banjir.

"Hanya beberapa kawasan yang terjejas, tidak mengganggu tempat pelancongan dan orang ramai boleh datang pada bila-bila masa sahaja," katanya ketika lawatan ke Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Mengenai banjir, ulas Yasir, Pakistan masih dalam pemulihan dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku gelombang kedua.

Yasir Kayani
Yasir Kayani

"Dah sebulan kejadian banjir berlaku, banyak infrastruktur negara yang rosak, mengalami kerugian besar dan rakyat juga menghadapi penyakit seperti malaria dan denggi.

"Bagaimanapun, bantuan dari negara luar sedikit sebanyak membantu Pakistan dan kini dalam proses pemulihan walaupun memakan masa," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai pilihan raya Pakistan yang disifatkan berlainan dengan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan bertanding tujuh kerusi daripada lapan kerusi Parlimen pada pilihan raya kecil dan memenangi enam kerusi sekali gus, namun Malaysia sebaliknya.