Kualiti Liga Thailand lebih tinggi berbanding Liga-M

Liridon Krasniqi (kiri)
Liridon Krasniqi (kiri)
A
A
A

SAINGAN Liga Thailand memiliki kualiti lebih tinggi berbanding Liga Malaysia (Liga-M).

Itu anggapan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi yang kini menyarung jersi beraksi bersama kelab Thai League 1, Khon Kaen United sejak Julai lalu.

Malah jelasnya, terdapat perbezaan besar antara liga utama Thailand dan Malaysia termasuk dari segi intensiti permainan dan profesional.

“Pada saya perbezaan ketara antara liga Thailand dan Malaysia, adalah liga utama Thailand lebih berkualiti, intensiti lebih tinggi dan lebih profesional.

“Saya harap Liga-M dapat setanding dengan Liga Thailand pada masa akan datang,” kata pemain kelahiran Kosovo tersebut.

Pada masa sama, Liridon lebih dikenali Mat Don yang dibelenggu kecederaan sebelum ini mengakui semakin dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan skuad kendalian Carlos Eduardo Parreira itu.

Bagaimanapun, Liridon menegaskan memerlukan masa untuk kembali pulih sepenuhnya bagi mendapat rentak permainan yang sempurna.

“Sebenarnya saya baru sahaja pulih kecederaan panjang apabila empat kelima bulan berehat.

Artikel Berkaitan:

"Namun, kini saya sudah kembali pulih dan mendapatkan semula rentak perlawanan," ujar pemain yang pernah menggalas cabaran Kedah, Melaka dan Johor Darul Ta'zim (JDT) tersebut.