Gelombang senyap bakal pengaruhi undi, cabaran pada parti

Mujibu ketika dalam dalam program Sinar Live bertajuk Antara Realiti dan Ramalan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Mujibu ketika dalam dalam program Sinar Live bertajuk Antara Realiti dan Ramalan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu-isu melibatkan pembubaran Parlimen ketika musim banjir, projek kapal tempur pesisir (LCS) dan ekonomi negara pada ketika ini dilihat akan menjejaskan persepsi masyarakat terutamanya pengundi baru terhadap kerajaan.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, isu tersebut dijangka akan mewujudkan satu ‘gelombang senyap’ yang boleh mempengaruhi undi rakyat serta memberi cabaran kepada parti-parti politik dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ujar beliau, ia berikutan penambahan pengundi kali ini akan melahirkan pengundi baharu yang mana mereka lebih kritikal dan terbuka untuk memilih mana-mana parti bergantung kepada persepsi yang dimainkan melibatkan isu berkenaan.

“Hal-hal sedemikian itu kalau kita rangkumkan barangkali akan membentuk ‘gelombang senyap’ yang kita tidak boleh jangkakan diperingkat bawah.

“Kalau ini berlaku, parti-parti yang dah ‘established’ (ditubuhkan) juga akan ada masalah,” katanya dalam program Sinar Live bertajuk Antara Realiti dan Ramalan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri manakala Fahiz Aliff sebagai hos.

Dalam pada itu, Mujibu berkata, ketiadaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU15 kali ini dilihat antara memberi cabaran kepada parti berkenaan untuk bergerak.

Mujibu (kanan) ketika dalam dalam program Sinar Live bertajuk Antara Realiti dan Ramalan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Mujibu (kanan) ketika dalam dalam program Sinar Live bertajuk Antara Realiti dan Ramalan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

“Dalam pilihan raya kecil, kita tengok bagaimana momentum itu dibina dan sudah tentu fenomena Bossku itu menjadi sebahagian daripada nada Barisan Nasional (BN) dalam setiap kempen.

“Kita melihat UMNO itu berada di dalam perkiraan yang sangat simplistik iaitu cuba kembali meraih undi-undi dan merampas kerusi-kerusi Melayu yang pernah dikuasai oleh UMNO satu ketika dahulu.

“Sudah tentu kita melihat persaingan ini akan bertambah sengit dengan kemasukan GTA dan Perikatan Nasional (PN) yang sudah tentu akan menjadi lebih kuat disebabkan adanya Pas,” ujarnya.