Pegawai khas Datuk direman tujuh hari

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman pada Rabu.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pegawai khas kepada ketua jabatan agensi kerajaan direman selama tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Selasa ketika hadir memberi keterangan.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Pada Selasa, seorang ketua jabatan agensi kerajaan bergelar Datuk direman kerana dipercayai menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat buah kenderaan pada 2017.

Menurut sumber, perolehan empat buah kenderaan yang dibuat pada 2017 itu berjumlah lebih RM290,000 bertujuan untuk kegunaan sebuah program yang dilaksanakan oleh agensi tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: