RUU Food Bank Malaysia dibentang hujung tahun ini

Saifuddin Nasution Ismail - Foto Bernama
Saifuddin Nasution Ismail - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KNDHEP) akan membentangkan rang undang-undang (RUU) khusus berhubung pelaksanaan Program Food Bank Malaysia di Parlimen hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya melihat keperluan rang undang -undang ini mendapat kelulusan Parlimen bagi mengawal selia program berkenaan.

“Pembentangan rang undang-undang ini bertujuan mendapat kelulusan daripada Parlimen supaya aktiviti berkenaan Program Food Bank ini dapat dikawal selia dengan mengambil kira pelbagai aspek.

“Ini termasuklah perlindungan kepada penyumbang, sama ada pemberian insentif kepada penyumbang dan sebagainya,” katanya selepas Majlis Perasmian Food Bank Siswa Universiti Malaya di Kompleks Perdana Siswa di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya dalam proses melaksanakan draf rang undang-undang tersebut dengan mengambil kira pengalaman beberapa negara yang telah wujudkan undang-undang itu.

“Setakat ini semua berjalan mengikut jadual. Saya optimis, undang-undang ini akan dapat dibentangkan hujung tahun ini,” katanya.

Menurut Saifuddin, dengan wujudnya undang-undang itu, penyumbang akan lebih terjamin dan jumlah sumbangan akan meningkat.

“Kalau undang-undang belum wujud, pihak yang mahu penyumbang akan lebih berhati-hati.

Artikel Berkaitan:

"Itu pengalaman yang telah kami pelajari daripada pelaksanaan program ini daripada negara luar,” katanya.

Dalam pada itu, 20,000 penuntut di 20 buah universiti awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan Program Food Bank Siswa.

Di Universiti Malaysia sahaja, 1,000 penuntutnya menerima bantuan daripada Program Food Bank Malaysia yang digerakkan oleh rakan strategik utama iaitu Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen dengan kerjasama dari Tesco.