Mangsa banjir di Langkawi meningkat

Anggota APM Langkawi melakukan kerja pembersihan pasca bencana banjir di Kampung Limbong Putra.
Anggota APM Langkawi melakukan kerja pembersihan pasca bencana banjir di Kampung Limbong Putra.
A
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Dewan Syifa di Padang Matsirat, Langkawi, di sini, meningkat kepada 49 orang pada Selasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Ahmad Shahfikri Darus berkata, jumlah itu meningkat daripada 43 orang pada jam 8 pagi kepada 49 orang pada jam 4 petang.

“Kesemua 49 mangsa terdiri daripada 12 keluarga termasuklah 22 lelaki dewasa, 17 wanita, enam kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

“Antara kawasan terjejas termasuklah Kampung Atas dan Kampung Limbung Putra di mukim Padang Matsirat, Kampung Bulut Penyumpit di mukim Kuah dan Kampung Bukit Kemboja di mukim Bohor,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, sepasukan APM Langkawi bersama 11 wakil Wanita UMNO Langkawi kini turut melakukan kerja pembersihan pasca bencana banjir di Kampung Limbong Putra.

Kata beliau, pelbagai pihak termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Matsirat tampil menghulurkan bantuan berupa sumbangan wang dan hamper.

Menurutnya, mangsa banjir terlibat turut menerima beberapa bantuan seperti lampin pakai buang, roti, telekung, kain pelekat dan biskut.

Artikel Berkaitan: