Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi

Annuar (kiri) bergambar bersama piala Anugerah Seri Angkasa pada Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022. -Foto Bernama
Annuar (kiri) bergambar bersama piala Anugerah Seri Angkasa pada Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi seperti biasa biarpun Parlimen dibubarkan minggu lalu, tegas Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa.

Jelas Annuar, ketiadaan mesyuarat pasukan itu selepas pembubaran Parlimen adalah memberi laluan kepada Menteri-menteri yang terlibat untuk bergegas pulang ke kawasan masing-masing.

"Pasukan tidak dibubarkan sebab inflasi dan masalah (gangguan bekalan makanan) sentiasa ada," katanya.

Meskipun begitu, beliau berkata, ahli pasukan khas sentiasa berhubung antara satu sama lain.

"Jika ada keperluan, minggu depan kita adakan mesyuarat," katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan Kiraan Detik ke Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 di sini, pada Selasa.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi diwujudkan kerajaan pada 29 Jun lalu bertujuan membantu rakyat menghadapi cabaran ekoran peningkatan kos sara hidup.

Jawatankuasa itu dianggotai Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

"Pasukan tidak dibubarkan sebab inflasi dan masalah (gangguan bekalan makanan) sentiasa ada," katanya.

Artikel Berkaitan: