[VIDEO] Rasuah Busters bebas, berkecuali: Hussamuddin

Hussammuddin ketika berucap Majlis Pelancaran dan Sidang Media #Satu Jari Sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 - Satu Jari Bebas Rasuah di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa. - Foto sinar Harian/ Rosli Talib
Hussammuddin ketika berucap Majlis Pelancaran dan Sidang Media #Satu Jari Sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 - Satu Jari Bebas Rasuah di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa. - Foto sinar Harian/ Rosli Talib
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Gerakan Rasuah Busters yang diasaskan hampir dua tahun lalu adalah bebas dan berkecuali daripada dipengaruhi mana-mana parti politik.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, asas utama gerakan ini untuk menghapuskan budaya dan memberi rasuah.

“Kami di Rasuah Busters adalah seperti oksigen, kami tiada warna. Anda bebas memilih parti mana pun yang anda mahu.

“Kami bukan cuba mengambil alih atau pilih mana-mana parti tetapi apa yang kami ingin sampaikan adalah keluar mengundi beramai-ramai.

“Jadi, sekali lagi saya ingin tegaskan memandangkan pelbagai tohmahan dibuat kepada Rasuah Busters. Kami bebas, berkecuali dan anda bebas memilih apa sahaja parti yang mahu disokong.

“Bagaimanapun harus diingat, pastikan calon yang dipilih itu mempunyai nilai dan karakter dan moral yang tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media #SatuJari Sempena PRU15 di Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia #Rasuah Busters, Nurhayati Nordin dan beberapa wakil Pasukan Teras Rasuah Busters, Anas Zubedy; Profesor Harmandar Singh dan Rozaid Rahman yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.

Kempen #SatuJari, beliau berkata inisiatif itu diambil bagi menyampaikan mesej mengenai pentingnya nilai satu jari setiap pengundi dalam pilihan raya yang disifatkan paling mencabar ini untuk membawa perubahan kepada 32.7 juta rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

#SatuJari merupakan simbolik jari jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan perubahan negara daripada segenap aspek, yang mana nilai seorang keluar mengundi akan menentukan sistem infrastruktur, pendidikan, kesihatan kerjaya dan lain-lain kemudahan lebih baik untuk rakyat.

Selain itu, #SatuJari juga akan memastikan kedudukan ekonomi negara berada di kedudukan yang stabil, disamping turut membentuk pemerkasaan demokratik belia melalui Undi18 agar prihatin tentang tanggunbjawab dan hak kewarganegaraan yang perlu dipraktikkan dalam PRU15 nanti.