MHC pertaruh reputasi Muhamad Amin di SOJC

Subahan (belakang, tujuh dari kiri) bersama para pemain B-20 yang menggalas cabaran Malaysia di SOJC 2022.
Subahan (belakang, tujuh dari kiri) bersama para pemain B-20 yang menggalas cabaran Malaysia di SOJC 2022.
A
A
A

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) meletakkan harapan tinggi terhadap Muhamad Amin Rahim dalam membawa cabaran negara di Kejuaraan Piala Sultan Johor (SOJC) yang menyingkap tirai edisi 10.

Malah menurut presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal, harapan itu berdasarkan pengalaman dan pencapaian Muhamad Amin mengendali pasukan negara mencipta sejarah menjuarai Hoki Dalam Dewan Piala Asia sebelum ini.

"Kita mahu menyeragamkan corak permain dan latihan skuad senior dan junior... jadi sebab Amin juga merupakan pembantu jurulatih skuad senior negara, beliau perlu ada kesinambungan bentuk latihan itu.

"Sebab pasukan luar negara juga menggunakan pendekatan sebegini, jadi kami harap Amin dapat menggalas tanggungjawab ini dengan jayanya," katanya pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Untuk rekod, Muhamad Amin kini pengendali skuad lelaki negara Bawah 20 tahun (B-20).

Subahan juga turut mengumumkan senarai 18 pemain skuad SOJC yang bakal menerima saingan sengit daripada Australia, Great Britain, India, Jepun dan Afrika Selatan bermula 22 hingga 29 Oktober ini di Taman Daya, Johor Bahru.

Sementara itu, Muhamad Amin menyahut cabaran yang diletakkan MHC dalam membawa skuad baharunya berentap di kejohanan berprestij tersebut.

Pada masa sama beliau mahu menjadikan SOJC sebagai medan pendedahan sebelum menyingkap cabaran di Piala Dunia Remaja 2023 di Kuala Lumpur tahun depan.

Artikel Berkaitan:

Skuad muda negara bakal berdepan dua perlawanan pemanas badan menentang Australia pada Selasa di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dan menentang Great Britain pada Rabu di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Skuad B-20 di Kejuaraan Piala Sultan Johor (SOJC) 2022

Penjaga gol: Muhammad Amir Muhaimin Ahmad Mustaqiem, Mohamad Rafaizul Mohamad Saini.

Pertahanan: Muhammad Faris Harizan, Azmilmuizzudin Misron, Wan Muhammad Najmie Ahmad Dzaib, Andywalfian Jeffrynus, T. Perabu, Mohamad Zulhanif Sahran

Pemain Tengah: Alfarico Lance Liau Jr, Muhammad Danish Danial Abdul Wahab, Muhammad Addy Jazmi Jamlus, Muhammad Syawal Abd Razak, Irfan Raziq Syakir Mohd Ridzuan.

Penyerang: Shahmie Irfan Suhaimi, Muhammad Hazreeq Alief Rosli, Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar, Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini, Muhammad Amirul Haniff Mamat.