Mendiang P Rajes banyak bantu PJ City

Ucapan takziah PFAM buat keluarga Rajesh yang meninggal dunia pada Isnin. - Foto FB PFAM
Ucapan takziah PFAM buat keluarga Rajesh yang meninggal dunia pada Isnin. - Foto FB PFAM
A
A
A

PENTAS bola sepak negara dikejutkan dengan kehilangan pemain veteran Petaling Jaya City (PJ City) FC, P Rajes yang maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Batu Caves awal pagi Isnin.

Kehilangan tonggak berusia 37 tahun itu memberi tamparan buat skuad himpunan pemain tempatan itu apabila mendiang banyak membantu PJ City sepanjang kempen Liga Super musim ini.

Penampilan terakhir mendiang ialah ketika masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan terakhir menentang Kuala Lumpur City (KL City) Sabtu lalu.

Kehilangan mendiang mengundang rasa sedih pelbagai pihak termasuk Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) yang mengucapkan takziah dalam laman sosial pada Isnin.

“Takziah buat keluarga mendiang Rajesh Perumal, pemain PJ City FC yang meninggal dunia awal pagi ini. Semoga keluarga mendiang tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini,” catat PFAM di Facebook pada Isnin.

“Takziah diucapkan kepada keluarga pemain PJ City FC, Rajes Perumal yang meninggal dunia pada awal pagi ini (Isnin).

“Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional, beliau yang berusia 37 tahun juga pernah mewakili PKNS FC, Selangor dan Kedah. Deepest condolences, may he rest in peace,” catat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di Facebook pada Isnin.

Rajesh memulakan karier sebagai pemain bola sepak profesional pada 2011 beraksi bersama PKNS FC (kini Selangor II) pada 2011 dan membantu kelab itu menjuarai Liga Premier pada tahun sama.

Artikel Berkaitan:

Dia kemudian mengembangkan kerjayanya bersama Selangor FC pada 2014 sebelum berhijrah ke Alor Setar menyarung jersi Kedah Darul Aman (KDA) FC pada

2015.

Mendiang menyertai PJ City pada 2018 dan terus kekal sehingga musim ini.

Bagi musim 2023, Rajesh membuat 12 penampilan masing-masing enam kali dalam kesebelasan utama dan enam kali sebagai pemain gantian.

Momen paling diingati penyokong pastinya ketika dia tular selepas melakukan tandukan terbang hasil hantaran S. Kumaahran untuk membantu PJ City menang pusingan kedua Piala FA menentang Kelantan FC.