Bekas guru saman sekolah kerana nama murid

Kes saman seorang guru sekolah rendah kerana tidak memanggil nama murid perempuan sebagai lelaki didengar di Mahkamah Tinggi Birmingham dalam minggu ini. - Foto Google
Kes saman seorang guru sekolah rendah kerana tidak memanggil nama murid perempuan sebagai lelaki didengar di Mahkamah Tinggi Birmingham dalam minggu ini. - Foto Google
A
A
A

LONDON - Kes seorang guru sekolah rendah di United Kingdom (UK) yang dipecat kerana mencabar dasar transjantina di sekolahnya akan didengar Mahkamah Tinggi Birmingham dalam minggu ini.

Menurut akhbar Sunday Times, bekas guru itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya ketika berkhidmat enggan memanggil nama seorang murid perempuan berusia lapan tahun dengan nama lelaki.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, bahawa pihak pengurusan sekolah telah bertindak 'mengunci mulut' para guru yang tidak bersetuju dengan dasar transjantina itu.

Menurut guru wanita itu, guru-guru diminta menerima sahaja permintaan daripada ibu bapa jika mereka meminta anak-anak masing-masing dilayan sebagai jantina yang berlainan.

Beliau menyatakan bahawa tindakan memanggil nama tersebut akan menggalakkan kepercayaan sesetengah murid bahawa mereka berada dalam badan yang salah dan pada dasarnya memaksa guru mengajar mereka berbohong.

Ia dipercayai sebagai kes pertama yang pernah berlaku di UK.

Perbalahan itu bermula pada September tahun lalu apabila ketua sekolah insitusi pendidikan yang namanya tidak didedahkan mengarahkan guru berkenaan melayan seorang murid perempuan di Tahun 4 sebagai lelaki.

Guru besar itu menjelaskan bahawa ia adalah kehendak ibu bapa kanak-kanak itu.

Artikel Berkaitan:

Namun, guru wanita itu pula berkongsi kebimbangannya dan berkata dalam e-mel bahawa menggunakan nama dan kata ganti nama lelaki akan memudaratkan murid perempuan tersebut.

Ia menyebabkan beliau digantung kerja selama beberapa minggu tetapi kemudian dengan bantuan peguam tugasnya dikembalikan semula dengan syarat tidak mendekati murid itu atau membincangkan pemikirannya mengenai perkara itu dengan kakitangan lain.

Bagaimanapun, pada tahun ini, selepas beliau terus mencabar dasar transjantina di sekolah, guru berkenaan akhirnya dipecat, lapor Sunday Times. - Agensi