Tukang kebun rogol adik ipar dijel 20 tahun, 20 sebat

Gambar hiasan - Foto 123rf
Gambar hiasan - Foto 123rf
A
A
A

KEMAMAN - Seorang tukang kebun dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan setelah mengaku salah terhadap dua pertuduhan merogol adik iparnya dalam kejadian pada September lalu.

Tertuduh yang berusia 34 tahun itu membuat pengakuan setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. di Mahkamah Sesyen di sini, pada Ahad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol adik iparnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kemasik di sini kira-kira jam 9.30 pagi pada 21 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di lokasi yang sama kira-kira jam 8 pagi pada 25 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan bagi setiap kesalahan.

Mahkamah menetapkan hukuman ke atas tertuduh bermula dari tarikh tangkap pada 4 Oktober lalu.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hanisah S H Sahul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: