Serah rakyat pilih BN atau PN: UMNO Kelantan

Ahmad Jazlan (tengah) bersama perwakilan UMNO Machang pada Sabtu.
Ahmad Jazlan (tengah) bersama perwakilan UMNO Machang pada Sabtu.
A
A
A

MACHANG - UMNO Kelantan menyerahkan mandat sepenuhnya kepada rakyat di negeri ini untuk memilih BN atau Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, rakyat kini sudah bijak untuk menilai mana-mana kerajaan yang mereka inginkan.

“Kami akan tampil dengan calon-calon terbaik untuk menambat hati pengundi, tidak perlu bercakap kerana rakyat sedar dan tahu menilai mana-mana yang mereka nak pilih.

“Insya-ALLAH semua calon PRU15 nanti adalah anak tempatan dari Kelantan namun bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Machang di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, Machang, pada Sabtu.

Ahmad Jazlan turut menyeru rakyat supaya memberi peluang kepada BN untuk kembali mentadbir negara.

“Kami berjanji akan buat yang terbaik, yang elok kami kekalkan dan buat penambahbaikan.

“Kami tidak akan membatalkan perkara-perkara yang baik, tetapi masih banyak ruangan untuk dibuat penambahbaikan demi kepentingan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, UMNO juga tidak pernah menolak Pas sebaliknya mendakwa Pas yang menolak UMNO.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU14 lalu, BN memenangi lima kerusi Parlimen dan lapan kerusi DUN.