Pemilihan calon Amanah di peringkat akhir

Hasanuddin
Hasanuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, tidak mudah untuk menentukan calon terbaik dari kalangan yang terbaik kerana Amanah mempunyai ramai tokoh berkelayakan.

"Pemilihan calon sudah berada di peringkat akhir dan tidak semua yang bekerja bertungkus lumus di bawah akan menjadi calon, namun mereka mengetahui peranan besar mereka.

"Seperti saya sebut di Konvensyen Amanah di Negeri Sembilan, pemimpin lama akan pergi berperingkat-peringkat dan kami sentiasa 'groom' anak muda yang 'handal' itu termasuk wanita, bekerja keras di kawasan dan negeri," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Hasanuddin berkata, sejak awal lagi parti berkenaan mendidik semua peringkat kepimpinan parti agar fokus kepada kemenangan bagi menghadapi pilihan raya.

"Ini kerana mereka yang berada di lokasi pengundi lebih mengenali keperluan dan ragam pengundi di peringkat tempatan ketika kami (kepimpinan) rancak meninjau isu-isu peringkat kebangsaan," katanya.

Pada 11 September lalu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata, parti itu menyasarkan bertanding di 40 kerusi Parlimen dalam PRU15 iaitu penambahan 13 kerusi berbanding 27 kerusi pada PRU14.

Beliau berkata, Amanah akan meletak calon di semua kawasan sama ada di bandar dan kawasan kampung.

Artikel Berkaitan: