Ini cara untuk nampak hebat!

No Image Caption
A
A
A

JIKA anda berazam untuk mengubah gaya atau cuba untuk memberi penampilan baru pada diri, tetapi berasa masih jauh ketinggalan dan masih dalam peringkat trial and error, beberapa tip ini boleh diamalkan:

1. Jangan tiru gaya orang lain. Cari satu keistimewaan @ persamaan yang boleh anda gunakan, mungkin warna dan cara solekan mata contohnya.

2. Jangan membuat perubahan mendadak. Secara psikologi, perubahan berperingkat-peringkat adalah lebih bagus daripada perubahan yang dibuat secara mendadak kerana anda boleh membina keyakinan diri setiap kali anda membuat perubahan.

3. Rambut adalah satu aset yang penting yang mampu menghasilkan perubahan dan imej yang berbeza. Berhati-hati sebelum memotong atau menukar gaya. Dapatkan nasihat juru dandan anda terlebih dahulu.

4. Pilih warna pakaian sesuai kedudukan dan kerjaya. Jika di bidang korporat, adalah sesuai anda menggunakan warna-warna yang membuat penampilan nampak “I mean business” dan hebat.

5. Enam bulan atau setahun sekali dapatkan makeover di pusat membeli-belah yang biasanya membuat promosi solekan dan nasihat percuma bila anda membeli barangan kecantikan.

6. Bertukar-tukar haruman. Jangan gunakan sesuatu haruman lebih 30 hari! Tahukah anda haruman berupaya menukar mood atau perasaan anda? Bila anda sukakan haruman yang anda pakai, percayalah kegembiraan itu akan menyerlah di wajah anda pada penampilan anda. Dan setiap haruman mempunyai bau dasar tersendiri misalnya, dasar bunga lebih romantik, limau dan tumbuhan mencetuskan kesegaran dan keceriaan sementara bauan rempah boleh menghasilkan satu keyakinan.

7. Gincu bibir memainkan peranan penting menyerlahkan wajah dan membuat orang mengingati anda dengan warna yang anda pakai. Seeloknya tukar warna gincu bibir setiap hari supaya orang tidak berpendapat bahawa mereka berhadapan dengan ‘tembok’ yang sama.

Artikel Berkaitan:

8. Jika ingin mencuba warna terang dan lantang tetapi tidak berani, gunakan teknik berperingkat.

9. Kunjungi salun rawatan wajah. Dapatkan rawatan facial nyahtoksin dan kembalikan kesegaran.

10. Kunjungi spa atau pusat riadah. Kunjungan ini mampu membuat anda berasa segar dan sentiasa bertenaga.

11. Bersukan boleh menyegarkan badan dan memberi anda peluang menghabiskan sedikit masa bersama teman dan lari daripada ketegangan masalah keluarga serta tugas harian. Pastikan anda berbual tentang perkara yang menyeronokkan, luar skop kerja dan keluarga.

12. Bersenam. Jika anda tidak pandai bersukan anda masih boleh membuat aktiviti untuk kesihatan melalui bersenam seperti aerobik, tai chi dan sebagainya yang bukan sahaja menyeronokkan badan tetapi melegakan fikiran.

13. Hentikan merokok. Selain mengganggu sistem tubuh, merokok membuat anda kurang bergaya atau kurang ‘cool’ kerana ia memberi gambaran seseorang itu sedang berserabut fikirannya.

14. Makan makanan yang boleh membuat anda gembira dan ceria seperti kek, coklat, cip kentang dan sebagainya asalkan jumlahnya tidak keterlaluan.

15. Elakkan makanan proses dan berlemak tinggi secara berlebihan kerana ia boleh mengganggu dan melemahkan sistem tubuh dan seterusnya membuat kulit dan badan anda tidak sihat.

Sumber: http://www.jcorp.com.my/