Tak puas hati cara memandu punca pergaduhan

Video tular yang memaparkan kejadian terbabit selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter pada Jumaat.
Video tular yang memaparkan kejadian terbabit selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tidak berpuas hati cara pemanduan dipercayai punca dua pihak bertengkar dalam satu video tular dipercayai dirakam di Jalan Usahanwan 6, Setapak dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 41 saat memaparkan kejadian berkenaan tular selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter pada Jumaat.

Hasil semakan pihak polis, kejadian terbabit berlaku pada 12 Oktober di Jalan Usahawan 6, Setapak berpunca akibat perselisihan faham kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan masing-masing.

"Pihak Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menerima laporan polis yang dibuat kedua-dua pihak terbabit pada hari kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ashari berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan atas kesalahan gaduh gempar yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali.

Justeru, pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa mengawal emosi serta sentiasa bersabar jika berlaku perselisihan faham di jalan raya bagi mengelak berlakunya perkara yang menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan: